Skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan untuk menghadapi Piala Asia 2023 di Universiti Qatar, Doha pada 12 Januari 2023. Foto BERNAMA.
AGENDASUKANKINI

Harimau Malaya ketinggalan 0-1 dengan Korea Selatan selepas tamat babak pertama

DOHA, 25 JAN: Korea Selatan mendahului Malaysia 1-0 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, sebentar tadi.

Harimau Malaya yang berada di ranking ke-130 dunia bermula positif dengan benteng pertahanan berjaya mengekang asakan skuad kendalian Jurgen Klinsmann selain jentera serangan skuad negara turut mencipta beberapa gerakan ke kubu lawan.

Kapten Korea Selatan yang juga bintang Tottenham Hotspur, Son Heung Min terlebih dahulu menguji Harimau Malaya menerusi percubaan pada minit ke-15, namun berjaya ditepis penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, lapor Berita Harian.

Pintu gol Harimau Malaya bagaimanapun bolos pada minit ke-21 menerusi Jeong Woo Yeong yang menyudahkan umpanan Lee Kang In.


Pengarang :