EXCO Usahawan Najwan Halimi (tiga,kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Datuk Mearia Hamzah (tengah) bergambar bersama peserta Program Strategi Menang 2024 anjuran Yayasan Hijrah Selangor di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam pada 29 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hijrah peruntuk RM300,000 anjur latihan, kukuh perniagaan, usahawan raih keuntungan

SHAH ALAM, 29 JAN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) merancang menganjurkan 20 program latihan bagi membantu usahawan mengukuhkan perniagaan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mearia Hamzah berkata 1,000 usahawan dijangka menyertai Latihan Strategi Untuk Menang 2024 dengan peruntukan keseluruhan RM300,000.

“Hijrah akan kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menumpukan latihan kawalan pengurusan kredit, pemasaran dan promosi perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Datuk Mearia Hamzah berucap pada majlis perasmian Program Strategi Menang 2024 anjuran Yayasan Hijrah Selangor di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam pada 29 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Program pertama bermula hari ini bertujuan melatih usahawan untuk merancang perniagaan dengan betul hingga menghasilkan keuntungan yang betul,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis Program Strategi Latihan 2024 yang dirasmikan EXCO Usahawan Najwan Halimi di Pusat Konvensyen Shah Alam (IDCC) di sini, hari ini.

Mearia menambah 75 usahawan menyertai program latihan di IDCC hari ini dengan kos RM20,000.

“Sesi kali ini peserta diberi pemahaman pentingnya memahami kekuatan diri dan pasukan dalam menentukan strategi perniagaan yang bakal digunakan.

“Latihan juga memfokuskan bagaimana usahawan menjana jualan melalui kolobarasi perniagaan sehingga mampu membayar balik pinjaman yang menjadi tanggungjawab mereka untuk lunaskan,” katanya.

EXCO Usahawan Najwan Halimi berucap pada majlis perasmian Program Strategi Menang 2024 anjuran Yayasan Hijrah Selangor di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam pada 29 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :