Orang ramai mengunjungi reruai Halal International Selangor pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

HIS Toyyiba buka penyertaan minat projek penyelidikan Halal Selangor

SHAH ALAM, 8 JAN: HIS Toyyiba Sdn Bhd membuka penyertaan minat (EOI) dalam pemilihan konsultan kajian bagi melaksanakan projek penyelidikan kebolehkesanan halal di Selangor.

Pemangku ketua pegawai eksekutifnya berkata usaha itu sejajar inisiatif Rancangan Selangor Pertama untuk mengawal selia rantaian bekalan halal supaya dapat menangkis isu percampuran produk.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HIS Toyyiba Sdn Bhd Muhammad Syaril Showkat Ali

Menurut Muhammad Syaril Showkat Ali, syarikat milik Kerajaan Negeri itu juga komited memantau isu lain termasuk pencemaran silang dan pemalsuan sijil serta logo halal.

“Ia bagi mewujudkan ekosistem komprehensif bagi mengekalkan keterjaminan produk halal mematuhi syariah bermula daripada rantaian bekalan bahan ramuan, pengilangan dan pemprosesan.

“(Selain itu, ia turut meliputi) pergudangan, logisitik, penghasilan produk akhir sehingga ke destinasi penghantaran,” katanya dalam kenyataan.

Maklumat lanjut dinyatakan dalam poster di bawah:


Pengarang :