Foto Facebook Jabatan Agama Islam Selangor
AGENSISELANGOR

Jais anjur program hafaz al-Quran, tarikh tutup penyertaan 31 Januari

SHAH ALAM, 2 JAN: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka permohonan penyertaan program Ithbat Hafazan Al-Quran peringkat negeri, bermula semalam.

Jais memaklumkan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://sites.google.com/jais.gov.my/ithbat/home sehingga 31 Januari ini.

Kategori permohonan adalah seperti berikut:

  • Tahap 1 : 1 – 10 Juzuk (18 tahun ke atas)
  • Tahap 2 : 1 – 20 Juzuk (18 tahun ke atas)
  • Tahap 3 : 1 – 30 Juzuk (tiada had umur)

Bagi maklumat lanjut sila layari http://www.jais.gov.my/aplikasi-dalam-talian atau layari laman sosial Jais.


Pengarang :