Pelajar Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang turut serta dalam program bacaan Yasin untuk Palestin di Masjid Ara Damansara, Petaling Jaya pada 30 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jais pelawa pelajar tahfiz persendirian ikuti program laluan pantas duduki SPM

SHAH ALAM, 4 JAN: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mempelawa pelajar tahfiz persendirian mengikuti program laluan pantas (fast track) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Jais memaklumkan, program berkenaan terbuka kepada pelajar institusi tahfiz berdaftar yang berumur 17 tahun ke atas bagi membantu mereka memiliki sijil SPM.

“Syarat untuk menyertai program ini adalah pelajar mesti warganegara Malaysia dan sudah menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk selain menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis.

“Permohonan dibuka sehingga 14 Januari ini dan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut pendidikan.jais.gov.my/fasttrackspm,” katanya menerusi Facebook.

Jais menambah, program tersebut hanya menawarkan lapan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pendidikan Islam di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) terdekat di seluruh Selangor.


Pengarang :