Orang ramai membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Seri Serdang di Jalan LEP, Subang Jaya pada 23 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan Ehsan Rahmah kembali Isnin depan, dapatkan barang dapur murah

SHAH ALAM, 9 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan bermula Isnin depan.

“JER akan berehat seketika bermula 1 Januari hingga 14 Januari. JER akan kembali beroperasi pada Isnin, 15 Januari,” maklum agensi itu di Facebook.

Jualan itu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Pada 2 Januari, Pengurus Kanan Pemasarannya Md Fazir Abdul Latif berkata JER akan diakan di lebih 1,800 lokasi seluruh negeri pada tahun ini.

Katanya, lokasi tersebut tidak termasuk dengan program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :