Wajah baharu lori kompaktor KDEB Waste Management (KDEBWM) yang dilancarkan ketika Majlis pelancaran lori pemampat dan imej korporat baharu KDEBWM di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

KDEBWM guna lori pemampat baharu sekitar MPAJ, MPS mulai Mac

SHAH ALAM, 4 JAN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bakal memperbaharui kontrak kutipan sampah dengan KDEB Waste Management (KDEBWM) mulai 1 Mac ini.

Pengarah urusannya Dato’ Ramli Tahir berkata hampir 100 lori pemampat dilengkapi imej korporat baharu agensi akan diguna bagi kerja kutipan sampah di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan tersebut.

“KDEBWM membelanjakan hampir RM40 juta bagi pembelian aset baharu ini. Ia merangkumi hampir 60 lori di MPS dan selebihnya untuk kegunaan sekitar MPAJ.

“Dalam masa sama, kami turut menandatangani perjanjian kerja pembersihan awam dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam masa terdekat,” katanya kepada SelangorKini.

Pada September lalu, syarikat penyelenggara sampah negeri itu melancarkan lori sampah baharu sempena penyambungan kontrak tujuh tahun bersama MPK mulai 1 Oktober 2023.

Pelancaran aset berwarna berwarna merah kuning, selari dengan tema negeri serta slogan #KitaSelangor disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di perkarangan bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di sini.

Wajah baharu lori pemampat KDEB Waste Management (KDEBWM) yang dilancarkan ketika Majlis pelancaran lori kompaktor dan imej korporat baharu KDEBWM di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :