Kenderaan penyelamat pelbagai guna (MRV) milik pertubuhan badan bukan kerajaan buatan sendiri bernilai RM1.6 juta terbabit dalam operasi menyelamat dan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Bongor, Pasir Mas pada 31 Disember 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kenderaan penyelamat pelbagai guna buatan sendiri bantu mangsa banjir di Kelantan

PASIR MAS, 1 JAN: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menampilkan kelainan dengan menggunakan Multipurpose Rescue Vehicle (MRV) buatan sendiri bernilai RM1.6 juta untuk menyelamat serta mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Bungor di sini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Malay, Chinese, Indian and Others (MCIO) Datuk Shaiful Nizam Abdullah berkata kenderaan MRV itu berkemampuan melaksanakan pelbagai fungsi antaranya mengangkut barangan, menjana elektrik dan menapis air mentah untuk dijadikan air minuman.

Sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Malay, Chinese, Indian and Others (MCIO) bersama Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dibantu penduduk kampung mengagihkan bekalan makanan serta menyantuni kira-kira 50 mangsa banjir daripada 11 keluarga di Kampung Bongor, Pasir Mas pada 31 Disember 2023. Foto BERNAMA

“Dalam keadaan banjir, lori biasa tidak boleh masuk ke kawasan yang paras airnya dalam. MRV ini boleh sebab ia direka supaya dapat menempuh air sedalam 2.4 meter (m) (lapan kaki).

“Kenderaan pacuan empat roda berketinggian 4.5 m (15 kaki) itu membolehkan MCIO meningkatkan keupayaan membantu di kawasan bencana di seluruh Semenanjung,” katanya.

Kenderaan penyelamat pelbagai guna (MRV) milik pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) buatan sendiri bernilai RM1.6 juta menampilkan kelainan untuk menyelamat serta mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Bongor, Pasir Mas pada 31 Disember 2023. Foto BERNAMA

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan bekalan makanan serta menyantuni kira-kira 50 mangsa daripada 11 keluarga yang terperangkap di Kampung Bungor di sini semalam.

Program itu turut melibatkan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan.

Kenderaan penyelamat pelbagai guna (MRV) milik sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan buatan sendiri bernilai RM1.6 juta menampilkan kelainan untuk menyelamat serta mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Bongor, Pasir Mas pada 31 Disember 2023. Foto BERNAMA

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan ICU JPM Kelantan Jasri Kasim berkata pihaknya melihat penggunaan MRV dalam misi banjir adalah praktikal dan boleh dikembangkan di Kelantan memandangkan negeri berkenaan sering terkesan akibat bencana alam itu.

“Kami akan menilai keperluan MRV untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan melengkapi aset sedia ada di Kelantan,” katanya.

– BERNAMA

Ruang dalam kenderaan penyelamat pelbagai guna (MRV) bernilai RM1.6 juta yang digunakan untuk menyelamat serta mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Bongor, Pasir Mas pada 31 Disember 2023. Foto BERNAMA

Pengarang :