Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir ketika ditemu bual Media Selangor mengenai makluman terkini pengurusan sisa pepejal pascabanjir di pejabat KDEB, Shah Alam pada 27 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Khidmat kutip sampah pukal sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 23 JAN: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyedia khidmat kutipan sampah pukal sempena Tahun Baharu Cina bulan depan.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Tahir berkata khidmat itu akan memudahkan penduduk terutama kaum Tionghua membuat persiapan terutama dalam penggantian perabot baharu.

“Tahun Baharu Cina ini pasti ramai yang akan menggantikan perabot lama kerana mahu memeriahkan suasana raya. Jadi untuk mudahkan urusan, kita sediakan tong sampah besar Roll On Roll Off (Roro) untuk urusan pembuangan,” katanya kepada Selangorkini.

Ramli menambah pihaknya juga akan mempromosi aplikasi aduan pembuangan sampah, i-Clean Selangor pada program Jelajah Madani peringkat negeri yang berlangsung dari 23 hingga 25 Februari.

“Selain mengutip sampah, kita mahu orang ramai tahu berhubung aplikasi i_Clean disediakan KDEBWM. Jika berpeluang menyertai jelajah itu, ini merupakan sasaran kita.

“Dalam masa sama kita mahu menyelami apa hasrat dan harapan pengguna terhadap KDEBWM. Cara ini mendekatkan kita kepada pengguna,” katanya.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir (empat,kiri) bergambar bersama kakitangan selepas menerima Anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik menerusi sistem aduan pembuangan sampah dalam talian, i-Clean sempena majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23 di Hotel Sunway Resort & Spa, Subang Jaya pada 22 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

I-Clean Selangor memudahkan orang ramai melaporkan aduan kutipan sisa pepejal secara dalam talian selain memohon khidmat pembuangan sampah pukal.

Tahun lalu, aplikasi ini memenangi anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik sempena majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi itu di Google Play dan App Store selain menghubungi khidmat pelanggan di talian 1-800-88-2824/019-375 9592 atau WhatsApp (019-2742824) supaya aduan diurus dengan lebih cepat dan tepat.


Pengarang :