Ribuan Umat Islam menghadiri majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 10,000 umat Islam hadir program Darul Ehsan Berselawat

SHAH ALAM, 31 DIS: Alunan qasidah dan selawat bergema di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam di sini malam ini sempena program Darul Ehsan Berselawat 3.0 yang kehadiran lebih 10,000 umat Islam.

Acara bagi meraikan kedatangan Tahun Baharu 2024 turut disertai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad, Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar.

Amirudin dalam ucapannya bangga dengan pertambahan bilangan orang ramai menghadiri program keagamaan bagi memohon kemakmuran negeri pada tahun mendatang termasuk keamanan saudara Islam di Palestin.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengalunkan zikir ketika majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Semoga dengan doa yang kita aminkan dan selawat yang kita lantunkan malam ini akan membawa kemakmuran serta kemajuan ke dalam negeri kita. Pada masa sama melatih kita menjadi insan berguna.

“Begitu juga kita mengharapkan keselamatan dan kemerdekaan kepada sahabat kita yang sedang berperang di Palestin serta berdepan rintangan besar,” katanya.

Umat Islam menghadiri majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Dalam majlis itu, orang ramai diperdengarkan alunan qasidah oleh kumpulan Nur Ahli Badar dan Babul Mustofa selain tausiyah yang dipimpin tokoh Islam seperti Habib Nael Taher, Ustaz Iqbal Zain, Habib Najmudden Othman serta Habib Jindan Novel.

Turut diadakan bacaan munajat dan zikir selain reruai pameran oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak serta gerai jualan keusahawanan.

Sejak tahun lalu Kerajaan Negeri menggantikan sambutan ambang tahun baharu dengan majlis munajat dan zikir bagi terus menghidupkan amalan selawat, zikir dan munajat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

 


Pengarang :