SHAH ALAM, 26 JAN : Kira-kira 83.8 peratus daripada RM200,000 yang diperuntuk untuk e-baucar buku mahasiswa Kita Selangor sudah ditebus setakat semalam, maklum Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Komunikasi Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata daripada jumlah itu, 83.18 peratus atau RM166,360 baucar sudah dibelanja sejak dilancarkan November lalu.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/01/P-Azri-8-500x333.jpg.webp)
“Berdasarkan rekod, sebanyak 949 transaksi e-baucar buku mahasiswa Kita Selangor berjaya ditebus manakala 542 masih belum berjaya membuat pembelian.
“Antara faktor transaksi tidak berjaya adalah kerana menunggu kelulusan daripada pihak penerbitan atau penerima e-baucar belum muktamadkan pesanan mereka,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Azri turut mengalu-alukan mahasiswa untuk segera menebus e-baucar buku tersebut sebelum tarikh tamat tempoh pada 31 Januari ini.
Mahasiswa yang layak boleh menebus e-baucar dan membuat pembelian buku secara digital menerusi pautan mall.bookcapital.com.my/ milik Perbadanan Kota Buku iaitu agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tawaran bantuan e-baucar buku mahasiswa Kita Selangor dilancarkan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari 6 November lalu yang memanfaatkan 1,000 mahasiswa dengan peruntukan keseluruhan RM200,000.