Foto Facebook UEFA
AGENDASUKANKINI

Legenda bola sepak Franz Beckenbauer meninggal dunia usia 78 tahun

BERLIN, 9 JAN: Franz Beckenbauer, pemain hebat yang mengungguli bola sepak Jerman dan dunia selama lebih lima dekad meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Berita menyedihkan itu disahkan keluarga Beckenbauer dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau yang dikenali dengan gelaran “Der Kaiser” telah mentakrifkan semula peranan “sweeper” dengan mencorakkan permainan dari bawah dengan kawalan bola yang tenang dan mempunyai visi seperti ‘pakar catur’, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Impak Beckenbauer tidak terhad pada padang. Beliau menjulang Piala Dunia dua kali, pertama sebagai kapten pada tahun 1974 dan kemudian sebagai pengurus pada tahun 1990, pencapaian yang hanya diraih beberapa legenda bola sepak.

Beliau turut membimbing Bayern Munich untuk meraih banyak kejuaraan Bundesliga dan Eropah, meninggalkan ‘memori’ yang tidak dapat dilupakan kelab berkenaan.

— BERNAMA-WAM

 


Pengarang :