Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika sidang media di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), pada 19 Ogos 2023. Foto Bernama
AGENDAJENAYAH

Lelaki maut ditembak di Puchong Prima petang tadi

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Seorang lelaki mati ditembak dalam di Puchong Prima di sini petang tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati pasukan forensik yang tiba pada 5.30 petang mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berkait kes tersebut.

Kenderaan polis dilihat memasuki kawasan itu untuk membawa keluar mangsa pada 6.15 petang.

– BERNAMA


Pengarang :