Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan baucar beli-belah sempena Tahun Baharu Cina kepada penduduk sekitar DUN Sungai Tua, baru-baru ini. Facebook Amirudin Shari
AGENSISELANGOR

MB agih baucar RM200 kepada 450 penerima sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 30 JAN: Sebanyak 450 baucar bernilai RM200 diagih kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua sempena perayaan Tahun baharu Cina yang disambut minggu depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata baucar menerusi skim Jom Shopping Perayaan diserah kepada penerima layak bagi meringankan beban mereka membuat persiapan raya.

“Seperti kelaziman, program ini dilaksana bersempena tiga perayaan utama iaitu Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali dengan sumbangan baucar RM200 bagi setiap penerima,” katanya di Facebook.

Amirudin berkata kepimpinannya juga akan bekerja lebih kuat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat tanpa ada yang tercicir.

Tahun ini, sejumlah RM16.48 juta disediakan bagi baucar Jom Shopping Raya meliputi 82,400 penerima dengan 23,900 baucar untuk sambutan Tahun Baharu Cina, manakala selebihnya Aidilfitri dan Deepavali.

Inisiatif diperkenal Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai usaha jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


Pengarang :