Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama wakil pengurusan masjid dan surau yang menerima bantuan Ihya’ Ramadan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dalam satu program di Gombak baru-baru ini. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI peruntuk RM4 juta teruskan program Ihya Ramadan tahun ini

PETALING JAYA, 30 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM4 juta bagi meneruskan program Ihya Ramadan tahun ini, kata ketua tanggungjawab sosial korporatnya.

Ahmad Azri Zainal Nor menjelaskan program tahunan bagi menyemarakkan bulan suci umat Islam itu termasuk sumbangan kepada masjid dan surau, edaran juadah berbuka puasa dan bubur lambuk.

“Kita juga anjurkan beberapa program lain termasuk majlis iftar bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari,” katanya selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran di sini semalam.

Sebelum itu, wakil rakyat Kota Damansara Izuan Kasim mewakili MBI menyerahkan sumbangan tunai kepada mangsa simbah asid Nadia Fasha Qistina Azman Shah di kediamannya di Kota Damansara.

Keseluruhannya, MBI menyerahkan bantuan bencana bernilai RM13,000 kepada mangsa simbah asid, pokok tumbang dan kebakaran.

Dalam pada itu, Ahmad Azri memaklumkan MBI akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa bagi meneliti kaedah bersesuaian untuk sumbangan kembali ke sekolah, Februari depan.

“Bantuan kali ini akan teliti dua bentuk penyampaian sama ada beri tunai RM100 atau kelengkapan sekolah. Keputusan akan ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa awal bulan depan,” ujarnya.


Pengarang :