Murid di sebuah sekolah di Shah Alam ditunjukkan cara menanam dan menjaga pokok pada program Dusun@My Sekolah pada 4 Mac 2020. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MBSA jalin kerjasama sekolah tanam lebih 3,000 pokok, pupuk cintai alam sekitar

SHAH ALAM, 4 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama 82 sekolah berjaya menanam 3,274 pokok buah-buahan pelbagai spesies sejak 2013.

Pengarah Jabatan Korporat dan Perhubungan Awamnya Azhar Mohd Sharif berkata program dusun @ mysekolah itu antara usaha pihaknya untuk memupuk nilai murni serta menghargai alam sekitar sejak kecil.

“Menerusi program ini, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan asas mengenai pokok buah-buahan dan kaedah penanaman serta penjagaan pokok yang betul.

“Program itu juga seiring dengan matlamat menjadikan Shah Alam sebagai sebuah bandar raya dalam taman selain membantu mencapai sasaran menanam 80,000 batang pokok setahun,” katanya kepada Selangorkini.

Sejak dilancarkan, program dusun@mysekolah menanam pelbagai anak pokok di sekolah antaranya rambutan, cempedak, jambu air, manggis, pulasan, belimbing buluh, mangga, dan cermai.


Pengarang :