BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA sedia 67 petak parkir dua jam berkuat kuasa esok, caj RM1.20 sejam

SHAH ALAM, 3 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan kemudahan 67 petak parkir kereta bagi tempoh dua jam berkuat kuasa esok.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan petak parkir itu disediakan di Seksyen 9, Jalan Tengku Ampuan Zabedah D 9/D; Seksyen 15, Jalan Pahat F 15/F dan Seksyen 25, Jalan Sepadu B 25/B.

Kawasan lain di Seksyen 31, Anggerik Vanilla N 31/N dan Seksyen U13, Jalan Prima R U13/R dan Jalan Prima F U13/F.

“Pelaksanaan tempoh tiga bulan sebelum ini merupakan tempoh percubaan bagi mendidik dan memperkenalkan masyarakat dengan pelaksaan baru penggunaan tempat parkir kereta dua jam,” maklum MBSA di Facebook.

Kadar caj petak parkir itu ialah RM1.20 sejam (maksima dua jam) manakala waktu penggunaan mulai 8 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat).

Pengguna boleh membayar menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking, Flexi Parking, GoPayy, Jom Parking, Touch n’ Go eWallet dan Setel.

MBSA menegaskan sebarang rayuan atau pengurangan kompaun tidak diberikan terhadap individu yang menyalahgunakan petak parkir tersebut.


Pengarang :