PBTSELANGOR

MBSJ tawar khidmat kutip sampah pukal percuma sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

MBSJ menerusi Facebook memaklumkan, keutamaan diberikan kepada mereka yang meraikan perayaan berkenaan dan hanya tertakluk bagi kawasan perumahan teres.

“Permohonan dibuka bermula 22 sehingga 31 Januari dan boleh dibuat terus melalui KDEB Waste Management (KDEBWM) di talian 03-8081 4437 atau aplikasi WhatsApp di talian 011-3558 4437,” katanya.

Menurut MBSJ, kutipan akan dilaksanakan KDEBWM selama 13 hari bermula 29 Januari sehingga 9 Februari hadapan.

Antara barangan yang termasuk dalam kategori sampah pukal adalah tilam dan perabot lama, tidak termasuk sampah ubah suai rumah, perkakas elektrik, barangan kitar semula dan sisa pindah rumah.


Pengarang :