PBTSELANGOR

MPKj tawar rebat cukai taksiran RM10, terhad 15,000 pembayar terawal

SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menawarkan rebat pembayaran cukai taksiran serendah RM10 berkuat kuasa 1 Januari hingga 29 Februari ini.

MPKj menerusi Facebook memaklumkan tawaran terbuka kepada 15,000 pembayar terawal yang tidak mempunyai tunggakan selama setahun.

“Tiada penghantaran bil fizikal cukai taksiran, pembayar hanya perlu menyemak, cetak dan bayar bil cukai taksiran melalui saluran perkhidmatan secara dalam talian,” katanya.

MPKj turut mengingatkan pembayar cukai perlu memastikan maklumat dalam sistem seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon terkini dan alamat emel dikemaskini.

Saluran pembayaran yang layak menerima rebat adalah menerusi www.mpkj.gov.my; Maybank2u; AmBank; HSBC Bank; RHB Bank; Bank Rakyat; JomPAY; PBTPay; CEPat dan Kawanku Phone Banking.

Sebarang pertanyaan boleh emel ke [email protected].


Pengarang :