EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han menyampaikan anugerah Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terbaik keseluruhan 2023 berjumlah RM10,000 di Hotel The Summit, Subang Jaya pada 19 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

MPP, PBT perlu jalin kerjasama erat, hasilkan dasar negeri lebih baik

SUBANG JAYA, 20 JAN: Majlis perwakilan penduduk (MPP) perlu menjalin kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membolehkan dasar negeri dibentuk dengan lebih baik.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata MPP perlu mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan utama majlis tempatan supaya perbincangan mudah dan rancangan berjalan lancar sekali gus memanfaatkan penduduk.

“Semua perkara perlu dibincang (sama ada) dengan datuk bandar, yang dipertua, ketua jabatan, pengarah. Ini cara paling berkesan untuk pastikan pentadbiran dapat hasil yang baik.

EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han berucap sempena anugerah Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Hotel The Summit, Subang Jaya pada 19 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Bukan dengan cara melawan. Duduk sama-sama berbincang. Dalam membuat keputusan, sentiasa letakkan kita di tempat lain dan fahami proses pentadbiran dan keperluan penduduk,” katanya merasmikan Anugerah MPP Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2023 malam tadi.

Majlis berkenaan dianjurkan sebagai tanda merai dan menghargai jasa semua MPP dan ahli majlis dari 24 zon yang berkhidmat tahun lalu.

Sementara itu, Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata 6,842 program merangkumi pelbagai kategori dilaksanakan MPP pada 2023.

“Semua program ini selaras dengan Pelan Strategik MBSJ 2020-2025 dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG): Bandar dan Komuniti Lestari,” katanya.


Pengarang :