Kakitangan Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengutip bangkai tikus ketika Operasi Basmi Tikus pada 29 Januari 2024. Foto Majlis Perbandaran Sepang
PBTSELANGOR

MPSepang hapus 183 tikus, pastikan kawasan bersih, elak penyakit berjangkit

SHAH ALAM, 31 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menghapuskan 183 bangkai tikus menerusi Operasi Basmi Tikus pada Sabtu lalu.

MPSepang memaklumkan operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan Persekitarannya bagi mengurangkan risiko penyakit berjangkit dan impak kesihatan awam.

“Operasi satu hari ini menggunakan umpan yang diletakan di kawasan yang mempunyai populasi infestasi tikus yang tinggi,” katanya menerusi Facebook.

Jelasnya, operasi seumpama akan dilaksanakan secara berkala bagi memastikan Sepang bersih dan bebas daripada ancaman haiwan perosak berkenaan.


Pengarang :