Kakitangan Operasi Agihan Daerah Petaling Lembaga Zakat Selangor (kiri) menyerahkan bantuan kecemasan kepada keluarga yang terputus bekalan makanan dan minuman di Glenmarie, baru-baru ini. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mualaf terputus bekalan makanan terima bantuan kecemasan LZS

SHAH ALAM, 22 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan bantuan kecemasan kepada sebuah keluarga yang terputus bekalan makanan dan minuman di Glenmarie di sini, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, agensi itu memaklumkan pihaknya menerima mesej daripada pengadu yang juga seorang ibu mualaf berhubung kehidupan dirinya bersama bayi tujuh bulan.

“Setelah disantuni, pemohon merupakan seorang mualaf yang berdaftar di Pulau Pinang pada 2020. Beliau bersama suami dan anaknya berusia tujuh bulan bermastautin di Selangor hampir tiga tahun.

“Suaminya bekerja di kilang, tetapi ada kalanya tidak mencukupi kerana gaji mengikut hari. Ada hari katanya, mencukupi, ada hari lain, hendak beli susu dan lampin anak pun tidak mampu,” kata LZS.

Menurut agensi itu, pihaknya juga akan membantu memproses pendaftaran asnaf selepas menerima semua dokumen lengkap keluarga berkenaan.

“Terima kasih buat semua pengeluar zakat di Zakat Selangor, kerana tanpa anda sukar untuk kami bantu dengan segera insan seperti mereka ini,” katanya.


Pengarang :