Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad melawat bayi tahun baharu ketika program sambutan bayi tahun baru 2024 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 1 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pekawanis rai ibu, bayi baharu lahir di HTAR

KLANG, 1 JAN: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) meraikan ibu dan bayi tahun baharu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata program sambutan bayi tahun baharu itu adalah program tahunan untuk berkongsi kegembiraan kelahiran sambil menekankan peranan penting dalam memberi sokongan kepada ibu dan bayi.

Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad menyumbang kelengkapan bayi ketika program sambutan bayi tahun baru 2024 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 1 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Setakat 10 pagi, enam bayi tahun baharu lahir di HTAR dan kami bertanya khabar keadaan ibu dan bayi.

“Saya juga bertanya kepada pengurusan hospital berhubung keperluan yang boleh dibantu atau dicadangkan kepada pihak tertentu,” katanya ditemui dalam program berkenaan.

Terdahulu, Masdiana menyerahkan hamper keperluan bayi sumbangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital HTAR kepada ibu bayi yang baru lahir.

Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad bersama kakitangan hospital ketika program sambutan bayi tahun baru 2024 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang
pada 1 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dalam pada itu, berucap pada majlis, Masdiana berkata pelbagai bantuan disediakan Kerajaan Negeri bermula bayi hingga warga emas dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terus dipertingkatkan.

Jelasnya, menerusi Iltizam Selangor Penyayang pelbagai bantuan disediakan membabitkan kelahiran, pendidikan, biasisiwa, perumahan dan sebagainya.

Kakitangan hospital bersama bayi tahun baharu ketika program sambutan bayi tahun baru 2024 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 1 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ia adalah kesinambungan polisi dan program Selangor yang mengutamakan kebajikan rakyat melalui manifestasi dan pelaksanaan usaha berterusan Kerajaan Selangor dalam membantu meringankan beban rakyat.

“Antaranya Iltizam Anak Selangor (ANAS) skim yang menawarkan sumbangan RM500 untuk setiap bayi baru lahir yang dimasukkan ke akaun SSPN Prime melibatkan tabungan RM100 setahun sehingga penerima berumur lima tahun,” katanya.

Ketua Jururawat Jabatan Obstretrik dan Ginekologi HTAR Mariani Anuar bersama bayi tahun baharu ketika program sambutan bayi tahun baharu 2024 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 1 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :