Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jelajah Ehsan Rakyat di Pangsapuri Meru Ehsan, Klang pada 1 Febuari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Permatang, Meru dan Bandar Baru Klang lokasi jualan murah esok

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 30 JAN: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjual barangan dapur murah menemui orang ramai di tiga lokasi esok mulai jam 10 pagi.

Jualan diadakan di gelanggang bola keranjang, Klang Utama (Bandar Baru Klang), Dewan Orang Ramai Kampung Bestari Jaya (Permatang) dan Surau Dinussa’Adah, Solok Seri Perepat 5, Taman Seri Perepat (Meru).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :