Oleh NAS NORZIELA NASBAH
SHAH ALAM, 8 JAN: Pasangan pengantin kini boleh memohon kad perakuan nikah atau menggantikan kad baharu secara digital pada 2 Januari lalu.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster atau di pautan https://forms.gle/vm81RHo2ZAfKSJaw9
Permohonan juga boleh dibuat di kaunter pusat sehenti Jais, Shah Alam yang mengambil masa 10 hari bekerja untuk diproses sekiranya maklumat lengkap.
Pemohon boleh mengambil kad yang telah siap di pusat sehenti yang sama.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5514 3468 atau e-mel [email protected]