EXCO Pembangunan Keusahawanan Najwan Halimi menunjukkan minuman yang dibeli menggunakan imbasan kod QR Platform Selangor (PLATS) ketika meninjau program PLATS Masuk Pasar di pasar malam Setia Taipan, Shah Alam pada 7 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peserta U-PLATS dipelawa mohon geran digital, peluang dapat telefon percuma

SHAH ALAM, 1 JAN: Peserta program Latihan Pembangunan Usahawan Plats (U-PLATS) dipelawa memohon Geran Digital Penjaja Madani yang dibuka hari ini, maklum Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Menurut Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor, geran bawah inisiatif kerajaan pusat menawarkan telefon percuma dan pakej mesin kira bernilai RM1,000.

Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada Media Selangor selepas majlis sumbangan kepada 30 keluarga mangsa banjir di MPKK Kampung Batu 3, Semenyih, Hulu Langat pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Sempena tahun baharu 2024 ini, ada berita baik untuk peniaga yang berdaftar dengan PLATS. Peserta boleh memohon geran ini yang merupakan inisiatif kerajaan pusat dan kita bantu mempermudahkan urusan peniaga PLATS.

“Keutamaan kepada 360 peserta U-PLATS. Setakat ini peserta U-PLATS seramai 180 orang membabitkan enam pihak berkuasa tempatan (PBT) dan akan diperluas ke enam lagi PBT,” katanya .

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang platselangor.com. Klik inisiatif MBI, pilih Geran Digital Penjaja Madani dan lengkapkan borang google yang disediakan.

Pakej tersedia pada mesin kira meliputi sistem perakaunan (bookkeeping), DuitNow, Tap2Phone, pos dan invois, pengurusan inventori serta analisa perniagaan.


Pengarang :