EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berucap ketika merasmikan Imaarah Wanita dan Keluarga Madani 2024 di Seksyen 7, Shah Alam pada 14 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Program Imaarah Wanita dan Keluarga Madani medan kaum hawa teroka aktiviti bermanfaat

SHAH ALAM, 14 JAN: Program Imaarah Wanita dan Keluarga Madani yang julung kali dianjurkan hari ini menjadi medan untuk kaum hawa meneroka pelbagai aktiviti bermanfaat.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata program diiisi dengan pelbagai agenda menarik antaranya kerohanian, forum kekeluargaan, perkongsian ilmu tanaman dan kelas mengurut.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berucap ketika merasmikan Imaarah Wanita dan Keluarga Madani 2024 di Seksyen 7, Shah Alam pada 14 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita berhasrat untuk perluaskan program ini dan anjurkan secara bulan memandangkan manfaatnya yang besar. Penganjuran ini sebagai inisiatif untuk kita terus memperdaya golongan wanita.

“Dalam masa sama, program ini turut menguar-uarkan khidmat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dalam membantu wanita terutama menerusi program-programnya,” kata Anfaal Saari ketika merasmikan program berkenaan.

Program yang berlangsung di kawasan perumahan EXCO di Seksyen 7 di sini disertai hampir 50 wanita dari pelbagai latar belakang.

Kanak-kanak menyertai aktiviti melukis ketika ibu bapa mereka mendengar forum Imaarah Wanita dan Keluarga Madani 2024 di Seksyen 7, Shah Alam pada 14 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Menerusi belanjawan tahun ini, Selangor menyediakan RM4 juta bagi menjalankan pelbagai program dan aktiviti demi memastikan kesejahteraan serta pembangunan wanita negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemberian dana kepada WBS itu melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga.


Pengarang :