Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan beramah mesra bersama penghuni Pusat Koreksional Puncak Alam ketika lawatan Baginda ke pusat koreksional itu pada 16 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Raja Muda berkenan lawat pusat koreksional, ramah mesra bersama penghuni

KUALA SELANGOR, 16 JAN: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli melawat Pusat Koreksional Puncak Alam hari ini.

Ketibaan Tengku Amir Shah pada jam 2.30 petang disambut Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad.

Sesi lawatan Baginda bertujuan beramah mesra bersama prospek (banduan muda) dan mengenali lebih lanjut mengenai pusat berkenaan.


Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar kenangan di hadapan Pusat Koreksional Puncak Alam ketika lawatan Baginda ke pusat koreksional itu pada 16 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pada program itu, Tengku Amir Shah mendengar sembah aluan daripada Nordin dan sembah taklimat oleh Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam Mohd Haniff Che Omar.

Baginda kemudian melawat Sekolah Integriti di pusat koreksional berkenaan dan melihat sendiri sesi pembelajaran kelas tingkatan 1 hingga 5, bilik pengajian tinggi, bilik muzik serta perpustakaan.

Tengku Amir Shah turut menyaksikan persembahan teater muzikal bertajuk ‘Bila Anak Laut Berdoa’ sebelum ke majlis santapan.

Baginda mengakhiri lawatan pada jam 5 petang.

Pusat Koreksional Puncak Alam dibina pada 2009 dengan keluasan 76.6 ekar membabitkan kos pembinaan RM 110 juta.


Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berangkat tiba di Pusat Koreksional Puncak Alam ketika lawatan Baginda ke pusat koreksional itu pada 16 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Institusi itu diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia pada 18 Oktober 2014 dan kerja pengoperasian dilaksana sepanjang penerimaan sehingga awal 2018.

Pada 15 Februari 2018 perisytiharan di bawah Seksyen 3 warta kerajaan persekutuan, Pusat Koreksional Puncak Alam diwartakan sebagai sebuah penjara dan hari ini menempatkan 575 banduan muda berusia antara 14 hingga 21 tahun atas pelbagai kesalahan.


Pengarang :