LONDON, 1 JAN: Ratu Denmark Margrethe II mengumumkan hasrat baginda untuk turun takhta ketika ucapan Ambang Tahun Barunya pada Ahad, menurut laporan media.
Ratu berusia 83 tahun itu bertitah baginda secara rasmi berundur pada 14 Januari selepas lima dekad menduduki takhta, lapor Agensi Anadolu memetik Dagens News.
Ratu Margrethe II menaiki takhta pada 1972 selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Frederik IX.
Menurut laporan itu baginda digantikan anak sulungnya, Putera Mahkota Frederik yang berusia 55 tahun.
– BERNAMA-ANADOLU