PBTSELANGOR

Rumah kedai, restoran wajib sediakan tong sampah sendiri mulai 1 Februari

SHAH ALAM, 22 JAN: Semua premis perniagaan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diwajibkan menyediakan tong sampah sendiri mulai 1 Februari.

Menerusi kenyataan di Facebook, pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan setiap tong sampah perlu mematuhi spesifikasi ditetapkan iaitu menggunakan tong sampah mudah alih (MGB).

“Bagi kedai pejabat atas dan tingkat bawah perlu menggunakan MGB 240 liter, manakala MGB dengan kapasiti 660 liter bagi premis restoran atau kedai makan,” katanya.

Menurut MBSA, peraturan tersebut dikuat kuasa mengikut Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MBSA) 2007 dan akan dikompaun jika ingkar.


Pengarang :