Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli produk Selangor FC yang menawarkan diskaun hingga 70 peratus di Pusat Latihan Selangor FC, Seksyen 5, Shah Alam pada 4 Januari 2024. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Selangor FC anjur jualan jersi, tawar diskaun menarik

SHAH ALAM, 4 JAN: Kelab bola sepak Selangor menawarkan diskaun jualan produk sehingga 70 peratus bermula 3 hingga 7 Januari.

Menurut kenyataan di Facebook, jualan penghabisan stok itu diadakan di kedai rasmi kelab yang terletak di Pusat Latihan Selangor FC, Seksyen 5, di sini, mulai 9 pagi hingga 9 malam.

“Berita baik untuk semua peminat Gergasi Merah. Kami akan adakan jualan penghabisan stok bermula 3 hingga 7 Januari ini.

“Promosi ini hanya sah secara eksklusif kepada pelanggan yang datang ke kedai rasmi kami di Pusat Latihan Selangor FC. Jumpa anda di sana,” menurut kenyataan di Facebook Selangor FC.

Selangor layak ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas muncul naib juara Liga Super.

Kali terakhir skuad Gergasi Merah membuat penampilan di kejohanan elit peringkat Asia adalah pada aksi  2016.

Pengarang :