AGENSISELANGOR

Selangor FC tawar jualan penghabisan stok, potongan harga hingga 70 peratus

SHAH ALAM, 2 JAN: Selangor FC menawarkan jualan penghabisan stok bagi produk rasmi kelab itu bermula esok hingga 7 Januari ini.

Menurut kenyataan rasmi di Facebook, tawaran dengan potongan harga sehingga 70 peratus itu hanya boleh diperoleh di Pusat Latihan Selangor FC di Seksyen 5, di sini.

“Berita baik untuk semua peminat Gergasi Merah. Kami akan adakan jualan penghabisan stok bermula 3 hingga 7 Januari ini.

“Promosi ini hanya sah secara eksklusif kepada pelanggan yang datang ke kedai rasmi kami di Pusat Latihan Selangor FC. Jumpa anda di sana,” katanya.

Disember lalu, Selangor FC berjaya menempah tiket ke pentas Asia pada musim depan apabila membenam Kedah Darul Aman FC pada aksi Liga Super.

Kemenangan itu melayakkan Gergasi Merah mengaum ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) sekali gus menamatkan penantian selama tujuh tahun sejak 2016.


Pengarang :