AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Siaran langsung amanat MB di Media Selangor 15 Januari

SHAH ALAM, 12 JAN: Dato’ Menteri Besar dijadual menyampaikan amanat Tahun Baharu 2024 kepada penjawat awam di Auditorium Jubli Perak, pusat pentadbiran rasmi negeri, Isnin depan.

Bermula jam 8 pagi, amanat oleh Dato’ Seri Amirudin Shari akan dipancarkan secara langsung di Facebook rasminya selain boleh ditonton di Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.

Laporan lengkap ucapan berkenaan turut disiarkan di portal Selangor Journal dan Selangorkini termasuk edisi Mandarin dan Tamil.

 


Pengarang :