Keadaan kolam tadahan air Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM) di Jenderam Hilir, Sepang pada 16 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Skim jaminan air tampung keperluan pengguna beroperasi penuh Mei ini

KLANG, 10 JAN: Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang dibangunkan Kerajaan Negeri bagi menangani isu bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya dijadual beroperasi sepenuhnya Mei depan.

EXCO infrastruktur menjelaskan proses lencongan sungai giat dijalankan ketika ini membabitkan Sungai Selangor, Sungai Rantau Panjang dan Sungai Semenyih, yang dijangka siap Februari.

Dirancang dan dilaksanakan sejak 2020, Ir Izham Hashim berkata fasa satu projek berkenaan membabitkan peralihan jika berlaku pencemaran siap sepenuhnya dengan kos lebih RM320 juta.

EXCO Infrastruktur dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim berucap ketika majlis perasmian program Pembangunan Agroprenuer Bantuan Nelayan di Jeti Pengkalan Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada 9 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Bagi pembinaan rumah pam di Sungai Selangor mungkin sekitar April dan keseluruhannya projek ini sedia beroperasi sepenuhnya pada Mei,” katanya ditemui dalam sebuah majlis di sini petang semalam.

SJAM yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari tahun lalu membabitkan empat pakej merangkumi proses pengepaman, pembinaan rumah pam, kolam takungan dan lencongan sungai.

Untuk menjayakan projek tersebut, pentadbiran negeri memperuntuk sebanyak RM332 juta termasuk RM100 juta yang dikhaskan bagi menjamin operasi loji rawatan air jika berlaku pencemaran.

Skim berkenaan turut merangkumi beberapa langkah penyelesaian lain antaranya pindaan enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan pemantauan skuad pantas agensi berkenaan.


Pengarang :