PBTSELANGOR

Tahun Baharu Cina: MDSB sedia tong sampah pukal di 41 lokasi

SHAH ALAM, 30 JAN: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyediakan sembilan tong sampah pukal di 41 lokasi sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pegawai Komunikasi Korporatnya Noraini Ahmad berkata penempatan tong ‘Roll On Roll Off’ (Roro) bermula semalam sehingga 13 Februari.

“Semua tong roro ini akan ditempatkan secara berperingkat di semua kawasan terlibat mengikut tarikh yang dijadualkan.

“Sampah pukal yang dibenarkan pula adalah perabot terpakai, sisa kebun seperti ranting, dahan atau daun manakala sampah domestik seperti sisa dapur atau makanan dilarang sama sekali,” katanya ketika dihubungi.

Senarai penuh lokasi penempatan tong Roro boleh disemak menerusi Facebook MDSB atau hubungi talian aduan MDSB di 012-800 8725 atau KDEBWM mengikut lokasi ditetapkan.


Pengarang :