Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan merasmikan pakaian seragam baharu kakitangan Malaysia Aviation Group (MAG), di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 Januari 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tengku Permaisuri berkenan rasmi pakaian seragam baharu kakitangan Malaysia Aviation Group

SHAH ALAM, 11 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasmikan pakaian seragam baharu kakitangan Malaysia Aviation Group (MAG), semalam.

Keberangkatan tiba Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut Pengerusi MAG, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.


Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan merasmikan pakaian seragam baharu kakitangan Malaysia Aviation Group (MAG), di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 Januari 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office

Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada MAG atas pembaharuan pakaian seragam dan menerapkan identiti tradisional rakyat Malaysia iaitu elemen songket.

“Baginda juga berbesar hati apabila diberitahu bahawa pakaian seragam baharu ini telah direka oleh pasukan dalaman dan memuji usaha kolektif ini yang mencerminkan dedikasi kakitangan MAG.

“Titah Baginda, pakaian seragam bukan sekadar hanya sehelai pakaian, tetapi ia juga melambangkan profesionalisme, komitmen dan kebanggaan individu yang memakainya,” menurut kenyataan Selangor Royal Office.


Pengarang :