Anggota Bomba dan Penyelamat menyiram kanak-kanak pada program Grand Sunathon 2023 Parlimen Hulu Langat di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih, Hulu Langat pada 24 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

100 kanak-kanak Hulu Selangor berpeluang sertai khatan percuma

SHAH ALAM, 15 FEB: Seramai 100 kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun sekitar Hulu Selangor berpeluang berkhatan secara percuma Sabtu ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali berkata program Sunathon Perdana bermula jam 7 pagi di dewan Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa 2, Rawang.

“Syarat penyertaan termasuk ibu bapa atau penjaga adalah pengundi Hulu Selangor berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

“Ayuh daftarkan anak anda menerusi kod QR di poster untuk menyertai program sempena cuti sekolah ini. Peserta yang berjaya akan dihubungi penganjur,” kata Saifuddin Shafi Muhammad di Facebook.

Menurutnya, program anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat DUN, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Hulu Selangor, Penggerak Belia Selangor (PeBS) Batang Kali dan Persatuan Belia Masjid Hulu Selangor.

Sebarang pertanyaan hubungi 012-399 9257 (WhatsApp sahaja).


Pengarang :