Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur bersama Jabatan Alam Sekitar mengadakan sekatan jalan raya menerusi Op Selamat ke-19 sempena Tahun Baharu Cina di Stesen LRT Bangsar menghala ibu negara pada 21 Januari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

14 kematian direkodkan takat hari keempat Op Selamat 21

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Empat belas kematian direkodkan setakat hari keempat Op Selamat 21 semalam sempena Tahun Baharu Cina 2024 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu juga 1,203 kemalangan dicatatkan melibatkan 1,480 kenderaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata Op Selamat bagi edisi kali ini mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Dua objektif utama operasi itu ialah meminimumkan kemalangan jalan raya dan memastikan kelancaran trafik serta mencegah jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

– BERNAMA


Pengarang :