AGENDAJENAYAH

16 kenderaan musnah dalam kebakaran dua bengkel

SUNGAI PETANI, 26 FEB: Lima kereta dan 11 motosikal musnah dalam kebakaran dua bengkel membaiki kenderaan di Taman Keladi dekat sini, kira-kira 5 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd Zain berkata pusat gerakan operasi menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.23 pagi tadi dan sepasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

“Seramai 17 pegawai dan anggota dari BBP Sungai Petani dan BBP Amanjaya digerakkan ke lokasi bersama jentera bomba. Turut membantu, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang.

“Api berjaya dikawal pada 5.45 pagi dan operasi tamat pada 6.36 pagi tadi. Tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

– BERNAMA


Pengarang :