PBTSELANGOR

200 cabutan bertuah, potongan cukai di Hari Bertemu Pelanggan MPKS

SHAH ALAM, 21 FEB: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawar 200 hadiah cabutan bertuah dan potongan cukai sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Tengah.

MPKS memaklumkan Hari Bertemu Pelanggan itu menawarkan potongan 50 peratus bagi fi notis dan waran cukai taksiran bermula Jumaat ini sehingga Ahad.

“Ikuti Hari Bertemu Pelanggan MPKS sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Tengah bermula 23 hingga 25 Februari ini di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

“Hadiah menarik menanti untuk 200 pelanggan bertuah. Turut disediakan, potongan 50 peratus fi notis dan waran cukai taksiran,” tulisnya di Facebook.

Program Madani Rakyat anjuran Pejabat Perdana Menteri merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada Disember tahun lalu.

Progam tersebut turut dianjur bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminanan Makanan (KPKM) selain membabitkan Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis penutup Program Madani Rakyat Zon Tengah dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Februari ini.


Pengarang :