EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari membuat lawatan ke reruai jualan selepas merasmikan Karnival Made In Kuang 2024 di Kompleks Penghulu Mukim Kuang, Rawang pada 17 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

200 usahawan sertai kursus tingkat ilmu pemasaran digital, pengurusan kewangan

SELAYANG, 18 FEB: Seramai 200 usahawan wanita menyertai kursus pemasaran digital selama tiga bulan bagi membantu memperkasa dan memperdaya golongan itu dalam bidang perniagaan.

EXCO pembangunan wanita berkata semua peserta merupakan peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) berusia antara 20 hingga 45 tahun dan sudah bertapak serta memiliki produk sendiri.

“Ini merupakan projek rintis Usahawan Wanita Digital kendalian Wanita Berdaya Selangor. Program melibatkan peruntukan berjumlah RM230,000 dan peserta akan didedahkan ilmu perniagaan secara digital termasuk mengurus kewangan dan pemasaran berkesan.

“Penilaian akan dibuat kepada semua peserta. Usahawan terbaik akan dinobat sebagai ikon dan layak mendepat geran perniagaan selain khidmat nasihat daripada agensi berkaitan,” kata Anfaal Saari.

Beliau ditemui pada majlis perasmian Karnival Made In Kuang yang berlangsung di Kompleks Penghulu Mukim Kuang di sini semalam.

Anfaal berkata usahawan wanita yang mahu memasarkan produk dengan lebih meluas perlu mempunyai ilmu perniagaan seiring dengan perkembangan semasa bagi membolehkan produk mereka mampu bersaing.

“Sebab itu kita mahu dedahkan golongan ini dengan perniagaan digital. Jika sudah ada produk, mereka kena pasarkan menerusi media sosial seperti Tiktok. Ini menjadi elemen tambahan untuk mempromosikan jualan,” katanya.


Pengarang :