Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri beramah mesra bersama penduduk ketika program Jom Shopping Tahun Baharu Cina di Econsave Pandamaran, Klang pada 3 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

400 keluarga DUN Pelabuhan Klang terima baucar sempena Tahun Baharu Cina

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KLANG, 3 FEB: Seramai 400 keluarga di DUN Pelabuhan Klang menerima baucar beli-belah bagi meringankan beban mereka membuat dalam persiapan akhir perayaan Tahun Baharu Cina.

Wakil rakyatnya Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya membuat saringan bagi memastikan golongan yang benar-benar layak sahaja menerima sumbangan RM200 daripada Kerajaan Negeri.

Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri bercakap kepada Media Selangor ketika program Jom Shopping Tahun Baharu Cina di Econsave Pandamaran, Klang pada 3 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Tahun ini kita mendapat kerjasama daripada Pasaraya Econsave yang telah memastikan stok barang mencukupi bagi memudahkan penerima baucar mendapatkan barangan untuk persiapan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Terdahulu, Azmizam menyempurnakan majlis penyerahan baucar berkenaan kepada masyarakat Tiong Hua di Econsave Pandamaran di sini.

Beliau memaklumkan pihaknya turut menjalankan kerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan bantuan Tahun Baharu Cina sekitar DUN itu.

Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri bersama cek cura baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina di Econsave Pandamaran, Klang pada 3 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kita juga menerima bantuan daripada Persatuan Kilang-kilang di Pelabuhan Klang membantu masyarakat Tiong Hua terutamanya bagi meringankan beban keluarga memerlukan.

“Dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini, kita memahami keperluan dan cuba sedaya upaya menghulurkan bantuan,” katanya lagi.

Sementara itu, penerima Tan Boon Ching, 58, bersyukur kerana masih berpeluang menerima bantuan baucar berkenaan seperti tahun sebelumnya.

Tan Boon Ching,58

“Terima kasih Kerajaan Negeri kerana membantu golongan berpendapatan rendah seperti kami dan sudah pasti kami akan memanfaatkan bantuan ini untuk persiapan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi,” katanya.

Perasaan sama turut dikongsi Kwa Guat Huay, 54, selain terharu di atas keprihatinan Kerajaan Negeri yang sentiasa memenuhi keperluan dan kebajikan penduduk.

Kwa Guat Huay, 54

“Hari ini saya hanya keluarkan RM8 untuk semua barangan keperluan menyambut Tahun Baharu Cina selepas menebus baucar yang saya terima,” katanya.

Penduduk membeli barangan menggunakan baucar ketika program Jom Shopping Tahun Baharu Cina di Econsave Pandamaran, Klang pada 3 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :