PBTSELANGOR

Acara e-sukan penjawat awam, pemilihan peserta pada 9 Mac di Kompleks Sukan MPKL

SHAH ALAM, 21 FEB: Penjawat awam di negeri ini dipelawa menghadiri sesi pemilihan peserta e-sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Selangor.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) selaku Pengerusi Sukan E-Sports Maksak Selangor memaklumkan sesi pemilihan diadakan pada 9 Mac ini, jam 8 pagi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat.

“Kategori dipertandingkan adalah Fifa24 (solo/pertempuran) dan PUBG Mobile (skuad). Semua penjawat awam yang berkhidmat di Selangor serta berminat dijemput menyertai sesi pemilihan pada hari berkenaan,” maklum MPKL menerusi Facebook.

Individu yang berminat boleh imbas kod QR pada poster di bawah sebelum 7 Mac ini dan sebarang pertanyaan lanjut diminta hubungi Farhan menerusi talian 011-18820676 atau Aswadi 010-7639322.


Pengarang :