Jawatankuasa induk Kesatuan Ragbi Selangor ketika mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya pada 3 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNAGENDASUKANKINI

ADN Kampung Tunku Lim Yi Wei dipilih terajui Kesatuan Ragbi Selangor

PETALING JAYA, 3 FEB: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku Lim Yi Wei dipilih sebagai Presiden Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) bagi penggal 2024-2026.

Pemilihan Yi Wei menerajui kesatuan berkenaan diumum dalam Mesyuarat Agung Tahunan KRS yang berlangsung di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya, hari ini.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan itu Yi Wei menyifatkan pelantikannya sebagai amanah dan tanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan ragbi Selangor.

“Terima kasih atas pelantikan ini. Saya tidak masuk sebagai ahli politik yang mahu kedudukan dalam kelab atau kesatuan sukan semata-mata untuk popular tetapi saya masuk sebagai pencinta sukan ragbi.

Presiden Kesatuan Ragbi Selangor Lim Yi Wei berucap pada mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Ragbi Selangor di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya pada 3 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kami akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dengan barisan jawatankuasa yang baharu untuk mengembalikan kegemilangan ragbi Selangor,” katanya.

Ditanya sama ada beliau tertekan dengan pelantikan itu memandangkan sukan ragbi lebih sinonim dengan lelaki, Yi Wei yang pernah menjadi pemain ragbi dari 2010 hingga 2014 ketika melanjutkan pelajaran di Hong Kong University of Science and Technology berkata ia satu cabaran buatnya.

“Saya rasa agak gementar tapi saya menjadikannya sebagai cabaran supaya wanita lain yang terlibat dalam sukan ini lebih yakin bukan hanya menjadi atlet tetapi juga boleh menerajui persatuan sukan,” katanya.

 

Jawatankuasa Induk Kesatuan Ragbi Selangor Penggal 2024-2026

Presiden: Lim Yi Wei

Timbalan Presiden: Prakash Arikrishnan

Naib Presiden : Datuk Aldillan Anuar

Naib Presiden : Mohd Hafiz Mohd Zaki

Setiausaha Kehormat : Tan Thiam Jin

Penolong Setiausaha Kehormat : Azri Mardi

Bendahari Kehormat : Mohd Emran Ibrahim

Ahli Jawatankuasa 1 : Shahizam Tukiran

Ahli Jawatankuasa 2: Mohammad Faiz Samsukhidir

Ahli Jawatankuasa 3 : Sean Pereira

Ahli Jawatankuasa 4 : Muhammad Siddiq Amir Jalil


Pengarang :