Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pada 1 Februari 2024. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
AGENDANASIONAL

Agong berkenan terima menghadap PM di Istana Negara

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, di sini.

Dalam catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ia merupakan tugas pertama Seri Paduka Baginda selepas melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, semalam.

Turut dimuat naik gambar pertemuan berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima Hormat Diraja daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Dataran Istana Negara, pada 31 Januari 2024. Turut mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto BERNAMA

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lalu, selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Jan 2019.

– BERNAMA


Pengarang :