Dua beradik Mariam Abu Akel dan abangnya Hamed diselamatkan dari runtuhan rumah akibat serangan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 29 Disember 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Dua terbunuh, Israel serang pusat perlindungan

WASHINGTON, 21 FEB: Israel menyerang sebuah pusat perlindungan yang dimiliki oleh badan amal perubatan Doctors Without Borders (MSF) di Semenanjung Gaza pada Selasa, membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan enam yang lain.

Menerusi hantaran di platform X, organisasi itu berkata tentera Israel menyerang pusat perlindungan yang menempatkan kakitangan MSF dan keluarga mereka dalam kejadian di Al Mawasi, Khan Younis.

“”Kami sangat terkejut dengan apa yang telah berlaku,” kata MSF, lapor Agensi Anadolu.

Israel telah menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, membunuh lebih 29,195 warga Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran serta kekurangan keperluan asas yang membawa kepada krisis kemanusiaan di Gaza.

— BERNAMA-AGENSI ANADOLU


Pengarang :