ADNSELANGOR

DUN Kota Kemuning tawar nasihat guaman percuma, setiap Khamis minggu ketiga

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 14 FEB: Pusat Khidmat DUN Kota Kemuning menawarkan nasihat guaman percuma pada setiap Khamis minggu ketiga,  bermula jam 6 petang hingga 8 malam.

Wakil rakyatnya S Preakas berkata perkhidmatan yang disediakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN itu bagi membantu orang ramai mendapat pencerahan berkaitan perundangan.

“Jangan biarkan isu-isu perundangan membebankan anda, datang dan dapatkan nasihat daripada peguam di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Kemuning. Kongsi hebahan ini dan bantu sebarkan kepada yang memerlukan,” katanya di Facebook.

Pada September 2022, Selangor menjadi negeri pertama melaksanakan program dana bantuan guaman bagi membantu rakyat dengan peruntukan RM1 juta.

Menerusi belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri berhasrat memperluaskan skim kepada kes berkaitan syariah bagi isu kekeluargaan dan pekerjaan.


Pengarang :