Penyanyi terkenal Ella menghiburkan pengunjung ketika program Panggilan Intifada Doa Untuk Palestin di Dataran Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam pada 30 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Ella, Jamal Abdillah di Karnival Bandaraya Diraja Klang Jumaat ini

SHAH ALAM, 13 FEB: Ella dan Dato’ Jamal Abdillah antara penyanyi tanah air yang bakal memeriahkan memeriahkan Karnival Bandaraya Diraja Klang bermula Jumaat ini hingga Ahad.

Berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran, acara dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam turut menampilkan pemain Selangor FC.

Tiga motosikal juga menanti pengunjung bertuah selain pameran reruai agensi kerajaan dan swasta serta persembahan bunga api.

Pelbagai aktiviti menarik disedia antaranya festival makanan, soopa-doopa, klinik bola sepak, pertandingan mewarna, cabutan bertuah, pertandingan e-sukan dan bola jaring tiga lawan tiga.

Pada 5 Februari lalu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan istiadat pengisytiharan MBDK.

Baginda berkenan melafazkan pengisytiharan dan mengumumkan pelantikan Datin Paduka Noraini Roslan sebagai datuk bandar MBDK berkuat kuasa 23 November tahun lalu.


Pengarang :