Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ditemani isteri Datin Seri Masdiana Muhamad melawat ke reruai jualan dan pameran ketika majlis perasmian Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2024. Hadir sama EXCO Pelaburan Ng Sze Han dan EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina bermula, bantu jana ekonomi IKS

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Warga kota berpeluang merasai suasana desa menerusi Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina yang membuka tirainya hari ini di pusat beli-belah Pavillion Bukit Jalil di sini.

Menurut Dato’ Menteri Besar, festival empat hari itu menghimpunkan kira-kira 100 reruai jualan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari perkampungan tradisional Cina seluruh Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program tahun kedua anjuran Kerajaan Negeri itu membantu memperkenalkan industri IKS yang giat diusahakan komuniti dalam menjana ekonomi setempat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi EXCO Pelaburan Ng Sze Han dan EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim melawat ke reruai jualan dan pameran ketika Majlis perasmian Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Festival ini membantu orang ramai tahu dan buka mata mengenai aktiviti ekonomi penduduk luar bandar khususnya, selain adat resam dan adat istiadat masyarakat Tionghua.

“Kita yakin program ini dapat memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan kita juga dapat membantu menambah pengetahuan mengenai komuniti lain,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ditemani isteri Datin Seri Masdiana Muhamad melawat ke reruai jualan dan pameran ketika Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2024. Hadir sama EXCO Pelaburan Ng Sze Han dan EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu beliau dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat reruai jualan dan beramah mesra dengan pengunjung di Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.

Program yang turut dihadiri EXCO Pelaburan Ng Sze Han dan EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim turut dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti persembahan kebudayaan, tarian naga serta permainan tradisi rakyat.

Sementara itu, Sze Han menyasarkan kutipan nilai jualan sebanyak RM2 juta dengan kehadiran 100,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran festival berkenaan.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han bercakap pada media ketika Majlis perasmian Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Menurutnya, program tersebut turut menonjolkan keistimewaan setiap perkampungan tradisional Cina sekali gus mengubat kerinduan penduduk yang tinggal di bandar.

“Kita ada 77 perkampungan Cina di Selangor tetapi dalam pelbagai kategori. Saya harap festival ini membantu menjana ekonomi tempatan dan memeriahkan suasana sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Orang ramai melawat ke reruai jualan lebih dari 100 reruai jualan yang ada ketika majlis perasmian Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Orang ramai mengunjungi reruai jualan ketika majlis perasmian Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Orang ramai mengunjungi reruai jualan ketika majlis perasmian Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :