Terjemahan buku judul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

IBDE tawar potongan harga hingga 15 peratus di pesta buku Kuala Lumpur

SHAH ALAM, 20 FEB: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menawarkan potongan harga hingga 15 peratus untuk pembelian karya terbitannya di Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur (KLAB) bermula Khamis ini.

Berlangsung hingga 25 Februari di Pasar Seni, Kuala Lumpur IBDE akan berada di reruai 22 dan 23 bermula 10 pagi hingga 10 malam sepanjang pesta berlangsung.

Eksekutif Jualan dan Pemasarannya Mohammad Hakim Mohammad Hood berkata lebih 60 judul terbitan IBDE termasuk judul popular seperti Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal dan Imam Al Ghazali: Hayat & Jasa Ilmuwan Ulung akan dijual.

Sebahagian karya terjemahan penting dan menarik bawah Siri Pencerahan Selangor yang digerakkan Inisiatif Buku Darul Ehsan. Grafik Selangorkini

“Setiap pembelian satu hingga dua buku ditawarkan diskaun 10 peratus manakala tiga buku dan ke atas mendapat potongan 15 peratus,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini IBDE memaklumkan pihaknya merekodkan jualan 57,587 naskhah pelbagai judul terbitannya sepanjang tahun lalu.

Judul yang paling laris ialah Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal dikuti Gelagat & Ragam Orang Melayu dan Memelihara Jiwa: Petua Dari Tabib Kurun Ke-6.

Judul lain, Imam Al Ghazali: Hayat & Jasa Ilmuwan Ulung serta Penyelamat Dari Kesesatan; Salahuddin Al Ayubi: Raja Penakluk, Ilmu Kalam: Tegahan Buat Orang Awam; Ciri Pemisah Antara Islam dan Zindik; Perihal Kesederhanaan dalam Beriktikad serta Tanpa Ampun Tiga Tahun Diburu Jepun Di Rimba Malaya.

Orang ramai melihat koleksi buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :